Himpunan Mansuhkan ISA


CERAMAH BAGAN PINANG by ruslyislam
October 19, 2009, 2:40 pm
Filed under: 1



PAS jamin himpunan secara aman – Salahuddin Ayub by mansuhisa
July 31, 2009, 2:44 pm
Filed under: 1

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak pernah mencabar mana-mana pihak bagi mewujudkan ketegangan dalam demonstrasi menentang Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) esok, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

“Saya hendak mengulas kenyataan polis semalam bahawa dua kumpulan saling cabar-mencabar. Saya tidak tahu (perkara itu). Continue reading



Syed Ibrahim: Cukuplah 49 tahun ISA mengganas by mansuhisa
July 31, 2009, 2:39 pm
Filed under: 1

“Pergi jahanam dengan GMI”, tajuk berita dari M-Star dan “Umat Islam diharamkan menyertai himpunan jalanan”, dari Berita Harian adalah dua bentuk provokasi dan ancaman yang dikeluarkan oleh media arus perdana menjelang Himpunan Aman MANSUH, esok 1 Ogos.

Sesiapa saja yang membaca berita-berita tersebut, terutamanya penduduk Malaysia yang tinggal di kawasan yang tidak mendapat liputan internet, pasti akan merasa kurang selesa untuk hadir ke Kuala Lumpur, Sabtu ini. Continue reading



by mansuhisa
July 31, 2009, 2:37 pm
Filed under: 1

Latheffa Koya (Ketua Penerangan PKR)

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang diketuai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan seluruh jentera keanggotaan KEADILAN bersama dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat tekad akan bersama rakyat Malaysia dalam menjayakan Himpunan Mansuh ISA yang bakal berlangsung di ibu kota Kuala Lumpur pada hari esok 1 Ogos 2009 yang dianjurkan oleh gabungan pelbagai organisasi termasuk parti-parti politik bersama dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah bersetuju untuk mengerahkan segala jentera melalui cabang-cabang dan ranting-ranting Parti untuk memberi komitmen sepenuhnya bagi program himpunan esok. Continue reading



Demonstrasi mansuh ISA adalah lontaran suara hati rakyat by mansuhisa
July 31, 2009, 2:36 pm
Filed under: 1

KOTA BHARU, 31 Julai – Tindakan polis tidak membenarkan demonstrasi pro dan anti ISA yang akan diadakan di ibu negara pada 1 Ogos (esok) sebagai tidak menghormati aspirasi rakyat dalam menuntut haknya.

Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertikaikan perkara tersebut yang dianggap sebagai bertentangan dengan hak asasi rakyat selaras dengan amalan prinsip demokrasi negara berparlimen. Continue reading



49 tahun lalu, PAS yakin ISA akan disalahguna by mansuhisa
July 31, 2009, 2:33 pm
Filed under: 1

BERIKUT adalah sedutan ucapan Ahli Parlimen Bachok yang juga Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Zulkiflee Muhammad ketika bangun membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada 21 Jun 1960.

Tuan Yang Dipertua, di hadapan kita ini ada satu Rang Undang-undang yang bertujuan hendak memerangi subversif, dan di-dalam Undang-undang ini ada beberapa peraturan yang ditujukan kapada maksud itu. Continue reading



Tun Razak beri jaminan ISA hanya untuk pengganas komunis by mansuhisa
July 31, 2009, 2:32 pm
Filed under: 1

GERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI) akan mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 1 Ogos ini sempena penyerahan memorandum kepada Istana Negara menggesa supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan. Tanggal 1 Ogos akan datang juga adalah tahun ke-49 ISA diluluskan Parlimen. Apakah tujuan sebenar ISA diwujudkan? Ikuti sedutan ucapan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak Husain ketika Rang Undang-undang ini dibawa ke Dewan Rakyat pada 21 Jun 1960.

Tuan Yang Dipertua, saya suka hendak terangkan sedikit berkenaan dasar Rang Undang-undang (Keselamatan Dalam Negeri) ini. Continue reading




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.